25 Pantun Lama Mengandung Nasihat Kehidupan


pantun lama nasihat

Pantun merupakan bagian dari karya sastra puisi lama yang terdiri dari empat baris. Disebut sebagai puisi lama, karena pantun terikat oleh rima dalam tiap barisnya. Aturan di dalam puisi lama berkaitan dengan jumlah kata atau suku kata dalam tiap baris, jumlah baris yang terdapat dalam tiap bait, serta rima, dan irama.

Sementara itu, pantun lama yang dimaksud di sini adalah kumpulan bait pantun yang sudah dibuat dan populer sejak dulu, dituturkan secara turun temurun. Berikut beberapa bait pantun lama (klasik) yang mengandung nasihat bijak buat kehidupan.

Kumpulan Pantun Lama

1. Kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya.

2. Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.

3. Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rusak susu sebelanga.

4. Dari hulu turun ke pekan
Sampan patah di tengah hari
Kalau selalu ingatkan Tuhan
Apa dipinta pasti diberi.

5. Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

6. Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

7. Nyiur manis baru gugur
Dibawa nyonya keluar pagar
Jasad menangis di pintu kubur
Menyesal di dunia tidak belajar.

8. Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunga serta buahnya
Meskipun hidup seribu tahun
Tak sembahyang apa gunanya.

9. Delima batu dipenggal-penggal
Bawa galah ke tanah merah
Lima waktu kalau ditinggal
Allah Taala memang marah.

10. Burung pipit, burung kedidi
Tanam melon di tepi sawah
Jika hidup tidak berbudi
Ibarat pohon tidak berbuah.

11. Payah kami menabur padi
Nanas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang.

12. Gulai lemak sayur cendawan
Anak udang goreng berlada
Kasih emak sepanjang jalan
Sayang saudara sama berada.

13. Kalau ada jarum yang patah
Jangan masukkan ke dalam peti
Kalau ada kata yang salah
Jangan masukkan ke dalam hati

14. Asam kandis asam gelugur
Ketika asam si riang-riang
Menangis manyat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang.

15. Orang Daik pergi menuba
Dapat seekor ikan haruan
Perkara tak baik jangan dicoba
Takut kelak merana badan.

16. Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sudahnya.

17. Jangan biasa duduk bertentang
Tengok orang dari belakang
Cari pagi makan petang
Asal hidup jangan berhutang.

18. Kalau tuan merendang telur
Jangan terlupa telur yang masin
Kalau tuan sudah mahsyur
Jangan lupakan keluarga yang miskin.

19. Laksamana pergi hendak ke lembah
Merendah diri walaupun gagah
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah.

20. Limau manis tiga serangkai
Taruh mari di kebun cina
Mulut manis jangan dipakai
Banyak orang sudah terkena.

21. Marilah kita menanam padi
Padi ditanam di dalam bendang
Marilah kita menabur budi
Supaya kita dikenang orang.

22. Pagi-pagi kapal berlabuh
Singgah di Bentan membeli kopi
Bangun pagi sembahyang Subuh
Minta Tuhan tambahkan rezeki.

23. Anak ayam di atas pagar
Turun ke tanah memakan padi
Kalau hutang wajib dibayar
Kalau janji wajib ditepati.

24. Kalau merenda supaya indah
Tekat tenun beri berjambul
Kalau meminta kepada Allah
Lambat laun pasti terkabul.

25. Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Baik-baik menjaga diri
Takut nanti diejek orang.

Referensi:
Nirwana Sudirman dan Zulkifley Hamid (2016) “Pantun Melayu Sebagai Manifestasi Sosiobudaya Dan Pensejarahan Melayu”; Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu edisi kedua; Norazimah Zakaria et. al. (2017) “Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun”; Hj Mohd Rashidi Hj Md Idris (2012), Nilai Kebijaksanaan Melayu dalam Pantun; Zahir Ahmad, (2005). Pantun Melayu Sebagai Manifestasi Sosiobudaya dan Pensejarahan Melayu.

Selanjutnya, baca juga kumpulan pantun terbaik lainnya berikut ini:

Pantun Gotong Royong

pantun gotong royong

Pantun Anak Sekolah

pantun anak sekolah untuk guru

Pantun Akhiran “u”

pantun akhiran u

Pantun Semangat Belajar

pantun semangat belajar

Pantun Lima Bait

PANTUN 5 BAIT

Kumpulan Pantun Rindu Kekasih

pantun rindu buat kekasih

Pantun Sakit Hati

pantun sakit hati

Pantun Gajian

pantun gajian

Pantun Ajakan Ngaji

pantun mengaji

Pantun Sindiran Pedas

pantun sindiran pedas


Tinggalkan komentar