50 Pantun Nasehat Melayu – Pesan Lama yang Bijak


pantun nasehat melayu

Pantun nasehat adalah salah satu bentuk pantun yang kaya akan nilai-nilai kearifan lokal. Pantun nasehat memiliki tujuan untuk memberikan nasihat atau pengajaran kepada pembaca atau pendengarnya. Biasanya, pantun nasehat berisi pesan moral yang berguna dalam kehidupan sehari-hari. Dalam kebudayaan Melayu, pantun nasehat sangat populer dan dihargai karena selain memuat pesan moral, juga memiliki keindahan dalam susunan kata-kata yang digunakannya.

Pantun nasehat Melayu sering kali digunakan dalam berbagai acara seperti pernikahan, pertemuan keluarga, acara resmi, atau bahkan dalam percakapan sehari-hari. Meskipun biasanya diucapkan dalam bahasa Melayu, pantun nasehat juga dapat diterjemahkan ke dalam bahasa lain, sehingga pesan moralnya dapat disampaikan ke seluruh dunia. Berikut adalah contoh-contoh pantun nasehat Melayu.

Pantun Nasehat Melayu

1. Burung pipit burung kedidi
Hinggap di pokok di tepi sawah
Jika hidup tidak berbudi
Ibarat pokok tidak berbuah.

2. Nyiur manis baru gugur
Dibawa nyonya keluar pagar
Jasad menangis di pintu kubur
Menyesal di dunia tidak belajar.

3. Orang berniaga semalam-malaman
Apa jualan pulut berinti
Hidup di dunia buat amalan
Untuk bekalan akhirat nanti.

4. Orang Daik pergi menuba
Dapat seekor ikan haruan
Perkara tak baik jangan dicuba
Takut kelak merana badan.

5. Dari hulu turun ke pekan
Sampannya rosak di tengah hari
Kalau selalu ingatkan Tuhan
Apa dipinta pasti diberi.

6. Hancur-hancur daun keladi
Buat makanan sarapan pagi
Hendak dikesal tak guna lagi
Carilah lain sebagai pengganti.

7. Burung merpati di dalam sangkar
Baru sepurnama dapat dijerat
Kalau kita rajin belajar
Ilmu berguna banyak didapat.

8. Ikan belanak dalam tapisan
Orang membubu di Kuala Dungun
Ayuhai anak ingat pesanan
Kalau jatuh cepatlah bangun.

9. Jangan biasa duduk bertentang
Tengok orang dari belakang
Cari pagi makan petang
Asal hidup jangan berhutang.

10. Jangan suka menganyam nyiru
Nyiru dianyam di tepi tasik
Jangan suka menanggung rindu
Rindu datang bawa penyakit.

11. Kalau ada menanam tebu
Boleh dijual di pasar desa
Kalau kita jadi tetamu
Biarlah pandai berbudi bahasa.

12. Kalau tuan merendang telur
Jangan terlupa telur yang masin
Kalau tuan sudah mahsyur
Jangan lupakan keluarga yang miskin.

13. Apa tanda orang mulia
Berbaik sangka sesama manusia
Siapa hidup berbaik sangka
Dunia akhirat hidup sentosa.

14. Bila todak melanda Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila khianat pada manusia
Dunia akhirat takkan selamat.

15. Kembang indah menawan hati
Sayang terkerat di tengah hari
Cinta itu laksana api
Tersalah hemat membawa diri.

16. Laksamana Bentam datang menyembah
Merendah diri walaupun gagah
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah.

17. Limau manis tiga serangkai
Taruh mari di kebun cina
Mulut manis jangan dipakai
Banyak orang sudah terkena.

18. Marilah kita menanam padi
Padi ditanam di dalam bendang
Marilah kita menabur budi
Supaya kita dikenang orang.

19. Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rosak susu sebelanga.

20. Menjual lidi ke Batu Bara
Menjual lokan ke Batu Pahat
Kerana dengki punya angkara
Orang baik disangka jahat.

21. Delima batu dipenggal-penggal
Bawa galah ke tanah merah
Lima waktu kalau ditinggal
Allah Taala memang marah.

22. Naik bukit pergi Asahan
Bayar niat mudah-mudahan
Sungguhpun songket kain pilihan
Tapi tak boleh buat basahan.

23. Orang mengail di Lubuk Dulang
Umpan mari si kulit duku
Kalau bermain tunangan orang
Nyawa bergantung di hujung kuku.

24. Pagi-pagi kapal berlabuh
Singgah di Bentan membeli kopi
Bangun pagi sembahyang Subuh
Minta Tuhan tambahkan rezeki.

25. Pokok cempedak di tepi tangga
Buah sebiji gugur terbuang
Janganlah mudah merasa bangga
Bila diri dipuji orang.

26. Rendang sungguh pohon ara
Tumbuh subur tepi telaga
Tidak salah berkenal mesra
Tata susila perlulah dijaga.

27. Sayang laksamana menggulung benang
Benang digulung perahu Bugis
Orang jauh jangan dikenang
Kalau dikenang tunduk menangis.

28. Ambil bertih dari hulu
Isi mari di dalam balang
Bersihkan laman kita dahulu
Baru bersihkan halaman orang.

29. Anak ayam di atas pagar
Turun ke tanah memakan padi
Kalau hutang wajib dibayar
Kalau janji wajib ditepati.

30. Cedok air dengan baldi
Cedok nasi dengan senduk
Baik dibawa resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk.

Baca juga:

Pantun 12 Baris

pantun 12 baris

Pantun Bersambung

pantun bersambung

31. Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang.

32. Kelapa muda rumah Megat
Mari makan bulan puasa
Badan muda biarlah ingat
Sementara belum rosak binasa.

33. Burung serindit terbang melayang
Terhenti hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Tetapi memandang bahasa dan budi.

34. Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Runtuh budi hilanglah bangsa.

35. Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

36. Sirih kuning gagang menguning
Mari tanam belukar sana
Seri sirih naik ke kening
Seri pinang naik ke muka.

37. Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang.

38. Gulai lemak sayur cendawan
Anak udang goreng berlada
Kasih emak sepanjang jalan
Sayang saudara sama berada.

39. Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sudahnya.

40. Banyaklah rajut perkara rajut
Rajut bertali bunga bercanggah
Banyaklah sujud perkara sujud
Sujud sejati kepada Allah.

41. Kalau merenda supaya indah
Tekat tenun beri berjambul
Kalau meminta kepada Allah
Lambat laun pasti terkabul.

42. Habis dikerat dicincang lumat
Patinya diaduk dijadikan ubat
Dunia akhirat takkan selamat
Kecuali minta ampun nasuha taubat.

43. Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Baik-baik menjaga diri
Takut nanti diejek orang.

44. Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya.

45. Bakul penuh berisi limau
Sangat berat tak boleh dijinjing
Biar mati ditangkap harimau
Jangan mati digigit anjing.

46. Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan ditimpa si ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan dikenang orang yang jauh.

47. Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

48. Bunga dipetik jumlahnya lima
Lalu dibawa oleh Sarinah
Budi baik dikenang lama
Walau jasad terkubur tanah.

49. Walaupun malam semakin redup
Tapi semangat tetap menyala
Terbiasa berbagi di kala hidup
Hidup kan nikmat kaya pahala.

50. Pahat tajam untuk mengukir
Kirim ke desa oleh si kurir
Biasakan lidah untuk berdizkir
Bukan dipakai untuk nyinyir.

Sumber: theinspirasi.my

Baca juga:

Pantun Kehidupan

pantun kehidupan

Pantun Cantik

pantun cantik


Tinggalkan komentar