60 Pantun Tua Penuh Nasehat untuk Pelajaran Hidup


pantun tua

Pantun tua adalah pantun lama yang penuh dengan nasihat bijak tentang kehidupan. Pantun ini disusun dengan pemilihan kata-kata yang tepat dan mengandung makna yang mendalam. Ada juga yang menganggap bahwa pantun tua adalah pantun lama yang dituturkan secara turun temurun dan sudah populer di masyarakat sebagai penuntun dalam menjalani kehidupan.

Contoh Pantun Tua dan Maknanya

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sampiran atau pembayang dalam pantun di atas menggambarkan jika kita berburu di padang datar (padang yang luas) maka hasilnya akan mendapat rusa berbelang kaki. Yang dimaksud dengan Rusa berbelang kaki adalah belalang rusa, sejenis belalang yang kakinya berbelang-belang (loreng).

Jadi, maksudnya kalau kita berburu di tengah padang (savana), bukan di rimba, maka yang kita dapat hanya belalang rusa, bukan rusa yang sebenarnya. Secara logika, jika ingin berburu mestilah di dalam hutan bukannya di padang kerana kalau berburu di padang maka hasilnya sedikit (belalang).

Maksud dari isi pantun tersebut juga mempunyai gambaran yang sama, yaitu jika kita berguru kepalang ajar atau berguru tidak bersungguh-sungguh maka diibaratkan seperti bunga yang kembang tak jadi (tidak mekar).

Nah, di bawah ini Anda bisa membaca kumpulan pantun tua yang penuh nasihat mulia, mulai dari tema agama, cinta, dan persahabatan.

1. Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung daik becabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.

2. Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

3. Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan.

4. Kalau runtuh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga saya serahkan.

5. Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Hamba budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

6. Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian.

7. Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak yang lain.

8. Jika tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Jika tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga.

9. Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tahu.

10. Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

11. Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri.

12. Apa diharap padi seberang
Entahkan berisi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak.

13. Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

14. Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu.

15. Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak hamba ternanti-nanti.

16. Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.

17. Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

18. Kalau ada jarum ang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.

19. Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita sekampung
Hari esok kita bersurai.

20. Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

21. Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu.

22. Dari mana punai melayang
Dari permatang turun ke perigi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.

23. Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.

24. Bila berselisih buat tak cakna
Sungguhpun sudah bertentang mata
Benarlah sungguh pujangga Cina
Jika tak kenal maka tak cinta.

25. Banyak bulan perkara bulan
Tidak sama bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan yang satu.

26. Dari cempedak baik nangka
Kerana nangka panjang tangkainya
Dari budak baik janda
Kerana janda panjang akalnya.

27. Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi.

28. Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula.

29. Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh.

30. Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Baik-baik menjaga diri
Takut nanti diejek orang.

31. Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batangnya
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut susah datangnya.

32. Kalau belayar janganlah belok
Kalau berbelok patah tiangnya
Orang muda jangan dipeluk
Kalau peluk patah pinggangnya.

33. Sejak kentang dibuat gulai
Ubi tidak dipeduli lagi
Sejak uang jadi pemakai
Budi tidak peduli lagi.

34. Sayang ara pokok lempung
Buahnya masak dimakan punai
Saya laksana hempulur nibung
Buruk tinggal dimakan anai-anai.

35. Apa guna berkain batik
Kalau tidak memakai capal
Apa guna beristeri cantik
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

36. Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu.

37. Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat.

38. Terbang berbaris burung belibis
Sebelum masuk kedalam hutan
Ilmu tak akan pernah habis
Ibarat saujana air lautan.

39. Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kupinang-pinang tetapi tak dapat
Kupujuk-pujuk kubawa lari.

40. Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai.

41. Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh.

42. Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan.

43. Marilah kita menanam padi
Padi ditanam di dalam bendang
Marilah kita menabur budi
Supaya kita dikenang orang.

44. Kalau tuan merendang telur
Jangan terlupa telur yang masin
Kalau tuan sudah mahsyur
Jangan lupakan keluarga yang miskin.

45. Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sudahnya.

46. Orang Daik pergi menuba
Dapat seekor ikan haruan
Perkara tak baik jangan dicoba
Takut kelak merana badan.

47. Asam kandis asam gelugur
Ketika asam si riang-riang
Menangis manyat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang.

48. Kalau ada jarum yang patah
Jangan masukkan ke dalam peti
Kalau ada kata yang salah
Jangan masukkan ke dalam hati.

49. Gulai lemak sayur cendawan
Anak udang goreng berlada
Kasih emak sepanjang jalan
Sayang saudara sama berada.

50. Payah kami menabur padi
Nanas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang.

51. Burung pipit, burung kedidi
Tanam melon di tepi sawah
Jika hidup tidak berbudi
Ibarat pohon tidak berbuah.

52. Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunga serta buahnya
Meskipun hidup seribu tahun
Tak sembahyang apa gunanya.

53. Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rusak susu sebelanga.

54. Kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya.

55. Apa tanda orang mulia
Berbaik sangka sesama manusia
Siapa hidup berbaik sangka
Dunia akhirat hidup sentosa.

56. Laksamana Bentam datang menyembah
Merendah diri walaupun gagah
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah.

57. Bila todak melanda Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila khianat pada manusia
Dunia akhirat takkan selamat.

58. Menjual lidi ke Batu Bara
Menjual lokan ke Batu Pahat
Kerana dengki punya angkara
Orang baik disangka jahat.

59. Rendang sungguh pohon ara
Tumbuh subur tepi telaga
Tidak salah berkenal mesra
Tata susila perlulah dijaga.

60. Bakul penuh berisi limau
Sangat berat tak boleh dijinjing
Biar mati ditangkap harimau
Jangan mati digigit anjing.

Selanjutnya, silakan baca juga aneka pantun lainnya berikut ini.

Pantun Sendiri Sepi

pantun sendiri

Pantun Perayaan Imlek

pantun hari raya imlek

Pantun Harimau

pantun harimau

Pantun Peribahasa

pantun peribahasa

Pantun Toxic

pantun toxic


Tinggalkan komentar